Today just nak share few tips untuk budget wedding planning without using wedding planner services. Since aku selalu menitikberatkan pasal duit and my husband is event planner, here nak share dengan future bride/groom untuk list few things before decide to choose it. Tips untuk paling jimat dalam majlis perkahwinan is combined dua pihak menjadi satu majlis resepsi sahaja. My husband stayed at Usj and aku stay kat shah alam. Memang rumah kami 10 minit je pon. So, we decided untuk buat majlis sekali sahaja. Jimat banyak dahtu. I suggest untuk bakal pengantin yang pasangan korang stay dekat je, tak payah la susah payah spent untuk buat 2 majlis. Meriah sangat dah kalau buat satu kali majlis je. Tak payah spend duit banyak, tak payah la rasa penat dua kali.
First of all you should have your own diary to make checklist such as catering, andaman, baju nikah, kek kawin, kad kawin, doorgift, emcee, PA system, dan lain-lain lagi. Tempoh untuk aku prepare semua ni is 11 bulan sebab almost 1 year kami mengikat tali pertunangan. Untuk catering memang my dad dah decide untuk choose his friend punya catering. Memang sedap and sure murah sebab harga kawan-kawan (special price).
Settle bab catering, boleh pergi ke bab baju nikah. Baju nikah aku beli kat Bandung sebab kat sane lace sangat murah. I bought lace and lining, and also kain untuk baju melayu husband is only Rp900,000 (RM300). Then aku hantar kat tailor biasa yang aku selalu deal, aunty tu just amek RM130 untuk upah jahit. Baju melayu husband pulak RM100 untuk upah jahit. So total for both outfit nikah is RM530.00. Murah kan.
Shawl tu hantar jahit tepi kat kawan and it's free. (kain shawl beli kat jakel, material chiffon). Hand flower tu hand made by my aunty. My cousin sponsored daisy fresh from Cameron. Mekup nikah yang awesome touch by my pretty friend (ig: @muabyhajjaakhir)
Our outfit just simple. Veil tu arwah mak dah buat siap-siap (memang sangat budget)
This is my big family. Aku sponsor kain baju depa semua ni. Baju depa semua ni is only Rp 2,000,000 = RM600 (87meter) . Baju ni pon shopping kat Bandung. Untuk Tips shopping kat Bandung boleh tengok previous post.
Untuk andaman pulak, Me and my husband list few bridal and we choose Mim Collection Klang because tu yang paling murah, baju cantek and mekup pon cantek. Untuk bajet yang below RM4000 boleh dah try pegi kat Mim Collection Klang. Owner dia nama kak Ayu, I suka mekup dia sebab cantek, kemas, yang penting sekejap je dia makeup kan. Dia sampai kat umah jam 11:00 am (sebab pagi tu dia makeup client lain) and settle pakaikan shawl and veil semua pada jam 12:45pm. Serious cepat wehhh.
Ni Outfit untuk reception kami. Aku choose cream color and lace gold sebab color tu je sesuai dengan husband aku. So kene la ikut apa yang sesuai dengan dia. Sebab aku yang sedia putih and cantek ni pakai apa pon tetap cantek. Ehhh!
Yang ni la hasil makeup Kak Ayu yang sangat pantas, teliti and hasil dia awesome beb! Sebelah tu my maid of honor a.k.a yang makeup kan aku time nikah. Oh ya, mekup nikah aku, dia charge RM200 je sebab harga kawan-kawan. (hasil sentuhan makeup @muabyhajjaakhir boleh refer gambar yang post previously)
Next, pasal kad kawin pulak. Actually kad kawin kami ni my husband yang design sendiri and that is my instruction. Memang dia sangat penyabar sebab melayan kerenah wife dia yang asyik nak tukar-tukar design. After di persetujui kedua belah pihak, kami proceed untuk printing card. Pergi survey kat Seksyen 2 and Plaza shah alam. Yang murah and worth kat Plaza Shah Alam tu. RM1 (1 pc) and card shining-shining. Free bunting gituw. So kene spent RM500 untuk card, kami buat 500 pcs for 1200 guest.
Ini lah hasil design husband sendiri. Sangat berpuas hati sebab ni memang limited edition.
Other things is Kek Kawin. Yeayhhh. Dah banyak survey kat orang jual kek online, kat mak sedara sendiri. Mostly is RM300 and above for 2 tier wedding cake. Then I terjumpa yang murah ni. RM120 only. Murah wehhh. Terus order dengan baker ni. Aku share gambar contoh yang azlita punya wedding cake, hasilnya memang sama wehhhh. Cantek dan sedap. Sangat berpuas hati.
Boleh nampak tak pelamin kami yang meriah tu, Thanks again kak Ayu sebab service tiptop. Muah!
Ini la hasil kek bajet tu. Even murah, Kek nya cantek dan sedap. Cup Cake tu di sponsor oleh my aunty. Thanks Busu!
Checklist lain is doorgift. Untuk doorgift ni memang aku and family list few things. At last we choose moist chocolate cake from Arisa. Sesiapa yang nak murah, boleh beli direct kat kilang dia (kedai kek Harissa, near Geno Hotel Shah Alam). Kek ni RM1.50 (Size sederhana), very worth sebab murah. Then aku order sticker online saje. Sticker RM0.10 untuk 1 pc.
untuk sticker ni korang boleh pilih design and font yang sedia ada.
Actually my family and husband's family banyak support and sponsor dari segi doorgift, side dish and few things la. Untuk photo booth pulak dapat sponsor dari my prudential insurance agent a.k.a kakak angkat aku. Thank you so much kakak. Terharu sebab photobooth exclusive tu nampak mewah.
Sponsored by my kakak angkat yang jauh dari Johor
Untuk emcee and PA System, my husband yang handle. Dia amek dengan kawan dia, so dapatlah murah. Untuk photographer pon ambil dengan kawan husband since husband kenal ramai orang yang buat event ni. Photographer kami charge RM1500 sahaja sebab harga kawan-kawan. Pakej photography include nikah, reception and outdoor photoshoot. Few month lepas tu terus dapat album, Frame gambar besar and pendrive. So worth beb!
Overall, cost yang kami spent untuk wedding kami is very low. Kenapa perlu membazir kan?
My advice to all bride/groom to be, please save your money. Yang murah tak bermaksud wedding you all tak grand, tak curlass. Siapa cakap bajet yang sedikit, hasil dia tak gempak? For me, let we spent less and hasil nya is more and nampak exclusive. Sesiapa yang nak jimat duit tu boleh follow tips ni. Yang penting is persediaan lepas kawin.
Till then, thank for reading.
- The End -