Tuesday, March 15, 2011

Ye, Aku Single :)

Salam readers yang disayangi lagi dihormati.

Entry kali ini aku nak buat press conference yang aku ni memang single. Bahahahahahaha. Bajet macam cun sangat kan. Actually aku just nak bagitawu kepade manusia-manusia yang tak percaye aku ni memang single. Tolong lah percaye!! Hahahahaaaaa.

Sebenarnye, dah 6 month aku single. Aku suke sangat dengan life single ni. Aku boleh kawan dengan semua orang tanpe konkongan. Aku bebas keluar dengan sesape pon. Ini tak bermaksud aku player okeyh! Aku tak penah main kan perasaan sesape. Aku kawan dengan semua orang, tapi belum jumpe yang spesel.

Zaman single ni best jugak taw. Aku boleh jimat duit, jimat mase, tak de la nak gaduh-gaduh tiap-tiap hari, tak ade rase cemburu. For me, lagi banyak advantages compare dengan disadvantages. kalau korang tak pecaye, cube la single! Heheheheheeee~

mungkin semua yang terjadi ade hikmah nye. Bile aku pikir balik, kenape hukum islam menyatakan bahawe couple itu haram. Couple ade lah punca utama kepade kemaksiatan. Aku bukan nak cakap diri aku ni baik, tapi memang bende ni sahih pon. Sebab couple la, ramai yang dah terlanjur. Bagi dorang, cinta itu buta kan? Bagi aku, cinta yang hakiki ade lah berlandaskan akal dan iman. Mencintai seseorang kerana Allah.

Ecehhh. Dah macam ustazah la pulop. Aku just nak share je dengan korang tentang pendapat aku. Aku berkate macam ni bukan sebab tak de orang nak kat aku or sebab kan aku ni tak couple. Bukan bukan bukan okeyh! Aku cakap melaui my observation and experience. Tak semua orang yang couple macam ni. But, majority nye sudah melakukan maksiat kan. So, bile aku pikir balik, adelah lebih baik aku berkawan dengan semua orang. Sebab kite boleh menjage hati semua pihak :)

Buat mase sekarang aku tak pikir nak ade serius r/ship dengan sape-sape. Sebab nye aku tak jumpe lagi yang serasi. Aku mampu berusaha menjadi lebih baik supaye mendapat kan yang terbaik. And aku hanye bertawakal. Jodoh kita ditangan allah. Sayang mane pon kite dekat seseorang, kalau dye bukan jodoh kite, tetap tak kan bersama jugak. So, mari lah kite berdoa supaye mendapat jodoh yang baik and boleh membawa kita ke syurga.

aku nak share dengan korang tentang kata-kata dari DR FAZILLAH KAMSAH.

.
.
.
.
.
.
.

Jika kamu memacing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesakali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga, Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mula MENYAYANGI kamu, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkan begitu sahaja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia masih mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, Janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ianya begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sesekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya, ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat diguna kan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Jangan terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, sukar bagimu untuk menerimanya dan memaafkannya. Akhirnya, kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan TERUS ke akhirnya.

Jika kamu memiliki sepinggan nasi, yang pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan, Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. kamu akan menyesal.

Begitu juga kamu bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKAN dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan MENYESAL.

P/S: for those yang tengah hangat becinta tuuu, janganlah terlalu mengagung-agungkan kekasih kamu. Sebab yang kat atas tuu lagi agong iaitu ALLAH s.w.t. Cintailah Allah sepenuh hati jika kite mahu ALLAH and ppl around us love us. Renung-renungkan :)


sampai disini sahaja tazkirah aku. Kalau aku rase nak bagi tazkirah lain, next tyme aku post. Salam :)

No comments:

Post a Comment